CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 26, 2009

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT BUMI KENYALANG..part 1

Wanita Bidayuh mamakai baju Jipo dan skirt pendek beserta sipiah di kepala.

Wanita Melanau suku sembilan Pikul ini memakai pakaian pengantin sarebaeng atau Bajo Baban

Pakaian tradisional Masyrakat Iban iaitu baju Burung bagi lelaki dan kain tenun/kain kebat bagi perempuan.Pakaian tradisional lelaki turut dilengkapi sirat ( dipakai sebagai seluar) dan lelanjang iaitu topi yang dihias dengan bulu burung merak/burung kenyalang. Bagi perempuan pula pakaian mereka dilengkapi dengan sugu tinggi (dipakai di kepala), marik empang (dipakai dileher),tumpa (gelang tangan), rawai ( dipakai di pinggang), gelang kaki, buah pauh dan juga tali hujan...


Wanita diatas memakai pakaian tradisional orang Ulu..



Pakaian tradisional masyarakat Iban.




Wanita diatas mamakai pakaian tradisional masyarakat Bidayuh yang khasnya dipanggil Bayuh Borih dan dipakai oleh bomoh wanita.

pakaian tradisional orang Ulu.

pakaian tradisional masyarakat Melayu Sarawak dimana yang lelaki memakai baju melayu manakala yang perempuan memakai baju kurung dan berselendang.

Pasangan Orang Ulu. Lelaki memakai kulit kambing sunong dan cawat satin serta perhiasan kepala daripada bulu kenyalang. Wanita menggayakan ta'ah baldu merah berhiaskan labuci motif aso dan naga.











Sarawk sememangnya kaya dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya..oleh yang sedemikian kita dapat melihat dan berkongsi pelbagai perayaan serta adat istiadat yang berbeza beza mengikut kaum dan suku yang tertentu.
di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang pakaian tradisi masyarakat pelbagai kaum di Sarawak..










0 comments: